JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Friday, April 20, 2018

MAJLIS ISRAK DAN MIKRAJ 2018

Pada hari ini, Panitia Pendidikan Agama Islam telah mengadakan Majlis Israk dan Mikraj bersama murid - murid yang berada Islam di Dewan Utama St. Mary. Sementara itu, murid-murid yang bukan beragama Islam mengadakan aktiviti-aktiviti bersama guru-guru yang telah ditugaskan.

 Majlis dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh murid.

 Ustazah Sulhana memberikan penerangan mengenai Majlis Israk Mikraj yang akan diadakan pada hari ini.
 Murid-murid mendengar dengan tekun dan mengamimkan bacaan doa agar majlis ini berjalan dengan lancar seperti yang direncanakan.
 


 Ustaz Hasnan menyampaikan ceramah bertajuk Israk Mikraj

 Murid - murid bersemangat mengangkat tangan untuk menjawab kuiz yang diajukan oleh guru yang bertugas dalam majlis ini.

Antara penerima hadiah sesi soal jawab kuiz dalam Majlis Israk Mikraj sebentar tadi.
Share:

Pertandingan Catur 2018 MSSWPKL Zon Sentul



Pada hari ini, kita telah mendapat berita yang memgembirakan apabila dua orang Puteri Jelita St. Mary berjaya ke peringkat negeri dalam Pertandingan Catur 2018 πŸ’•πŸ’–πŸ˜˜ #WellDone #GoodLuck
Share:

Wednesday, April 18, 2018

PERTANDINGAN PANTUN 2018 | DOAKAN KEJAYAAN PASUKAN PANTUN SEKOLAH



Pada hari ini telah berlangsungnya Pertandingan Pantun di
SK SERI BONUS KL 😘


Barisan pemantun sekolah bergambar bersama jurulatih utama Pasukan Pantun sekolah dengan diiringi Puan Asmaruzie selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

SK St Mary Vs SK Jln Bellamy..
Menang πŸ™‹, Nur Hanedz pemantun terbaik.

Berjaya ke semi final esok πŸ™
Share:

Monday, April 16, 2018

PERHIMPUNAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP



Pada minggu ini telah diadakan Perhimpunan Unit Beruniform Pengakap. Beberapa orang ahli Pengakap telah ditugaskan untuk menguruskan perhimpunan pada pagi ini.









Tahniah Persatuan Unit Beruniform Pengakap kerana telah berjaya mengelolakan perhimpunan pada pagi ini.
Share:

Sunday, April 15, 2018

LAWATAN OLEH WAKIL PROGRAM #V4KL GOTONG-ROYONG PERDANA | V4KL DBKL

Terima kasih Encik Zul selaku wakil V4KL kerana telah hadir ke SK St. Mary bagi menyampaikan sumbangan dan plat V4KL pada hari ini.

Sesi bual mesra bersama Encik Zul dan menyatakan ucapan terima kasih daripada pihak sekolah atas kesudian memberikan sumbangan alatan untuk gotong-royong pada hari ini. Terima kasih DBKL dan V4KL !!!

Share:

SOKONGAN IBU BAPA DALAM MISI GEMPUR DENGGI | V4KL DBKL

Sempena gotong-royong perdana hari ini, ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk menyatakan sokongan terhadap Misi Gempur Denggi yang sedang dijalankan oleh pihak sekolah. Gambar kenangan bersama ibu bapa yang hadir dalam program hari ini.

Yeay ! Kita Gempur Denggi !

Nyamuk sebagai simbolik pelancaran Misi Gempur Denggi sempena gotong-royong perdana.




Terima kasih semua atas sokongan yang dizahirkan kepada Misi Gempur Denggi pada tahun ini. Semoga berjaya.
Share:

GOTONG-ROYONG MENCERIAKAN TAMAN REFLEKSOLOGI ST. MARY | V4KL DBKL

Ibu bapa dan guru berkerjasama untuk menceriakan semuala Taman Refleksologi ini mengikut perancangan yang ditetapkan.  
Pada hari ini juga telah wujudnya sebuah Taman Refleksologi di SK St. Mary hasil usaha semua pihak yang bergitu gigih menyiapkannya.
 
Air terjun mini yang terdapat di taman ini.

Sesi lawatan oleh BOG sebelum mesyuarat BOG bermula di Bilik Mesyuarat.

Papan tanda Taman Refleksologi sedang dinaikkan oleh Cikgu Syafiqah dan Encik Adillas.


Batu-batuan yang lama dibersihkan terlebih dahulu menggunakan 'water-jet' supaya bersih dan cantik.


Menyusun petak-petak batuan mengikut perancangan.

Rumput karpet hasil sumbangan oleh seorang Dato yang begitu baik hati dan dermawan.

Mencabut anak pokok yang berada di dalam pasu di sekitar Taman Refleksologi ini.




Ketelitian dalam meletakkan rumput karpet supaya dapat hidup subur.


Seronoknya mengecat hari ini.










Akhirnya siap. Taman Refleksologi SK St. Mary di bawah kendalian Unit Pusat Sumber Sekolah telah berjaya disiapkan paad hari ini dengan usaha sama ibu bapa yang sangat komited membantu pihak sekolah dan PIBG.

Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN