JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Tuesday, August 23, 2016

KSIB Aktif Membantu Sekolah Dan PIBG Dalam Pelbagai Aktiviti | KSIB Cemerlang Sentul

 
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) pada tahun ini telah mengaktifkan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB). Rakan-rakan KSIB yang terdiri dari ibu bapa dikendali di bawah biro Sarana.

Gambar di bawah merupakan sebahagian rakan KSIB sekolah yang sentiasa membantu pihak sekolah dan pihak PIBG dalam pelbagai aspek seperti tenaga, ilmu dan wang ringgit. 😊 Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan atas bantuan tuan dan puan demi keselesaan semua murid.

Terdapat sekitar 70 +- rakan KSIB yang aktif untuk membantu apa jua yang diperlukan oleh pihak Sekolah. Semoga rakan-rakan KSIB SK St. Mary yang aktif ini meningkat dari semasa ke semasa seiring dengan anjakan ke 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mengalakkan ibu bapa dan pihak sekolah dapat bekerjasama demi kecemerlangan sekolah.


πŸ“Œ Kepada ibu bapa yang masih belum mendaftar sebagai rakan KSIB dan berminat bolehlah menghubungi AJK PIBG yang dilantik. πŸ™‹

#KSIB
#RakanKSIB
#IbuBapaAktif
#PIBG
Share:

Thursday, June 30, 2016

KSIB Dalam Program Cer Citer Red Riding Hood | Aktiviti KSIB 2016

Program Cer Citer merupakan sebuah program yang diuruskan oleh Pusat Sumber Sekolah. Cikgu Syafiqah dan beberapa orang ahli KSIB serta ajk PIBG bergandingan untuk mempersembahkan sebuah cerita pendek yang bertajuk "Red Riding Hood".

Cerita ini mempunyai nilai murni yang banyak dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Murid - murid amat seronok menghayati persembahan yang ditunjukkan oleh gandingan mantap antara KSIB dan PIBG.


Jom saksikan persembahan Program Cer Citer "Red Riding Hood"
 

Persembahan yang menarik dipamerkan oleh KSIB dan PIBG. Beberapa sesi latihan dibuat sebelum dipersembahkan kepada murid - murid, terima kasih diucapkan atas komitmen yang ditunjukkan oleh ahli KSIB yang mengambil bahagian. Ayuh ! KSIB mampu ke hadapan !
Share:

Monday, June 27, 2016

Sumbangan 10 Unit Komputer Oleh PPUKM | KSIB Korporat

Pada 29 Jun 2016, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia telah melakar satu lagi sejarah bagi tahun 2016. Kerjasama yang terjalin ini memberikan pelbagai kebaikan kepada pihak sekolah demi keselesaan semua murid. 
PPUKM telah memberikan sumbangan sebanyak 10 unit komputer terpakai kepada Sekolah Kebangsaan St. Mary untuk digunakan di dalam Makmal Komputer yang sedang diwujudkan.

Sesi Ice-Breaking bersama Prof Dr. Datin Norlinah


Prof merupakan salah seorang ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan St. Mary.



Guru Besar, Cik Ngan Wai Fun sedang menandatangani surat akuan penerimaan sumbangan 10 unit komputer terpakai dari PPUKM.

PIBG dan KSIB Sekolah Kebangsaan St. Mary ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan oleh PPUKM dalam menjayakan usaha mewujudkan sebuah makmal komputer di sekolah.
Share:

Thursday, April 21, 2016

Lawatan Festival Kerjaya Murid Tahun 4 Berlian | Aktiviti KSIB 2016

KSIB dalam Lawatan Festival Kerjaya di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur. Seramai 4 orang KSIB telah turut serta dalam lawatan ini. Tujuan penyertaan KSIB ialah untuk membantu guru pengiring untuk mengawal disiplin murid - murid semasa lawatan. Setiap wakil KSIB mengetuai kumpulan murid semasa lawatan, murid akan bergerak dalam satu kumpulan yang telah ditetapkan.









Semoga melalui lawatan ini, murid - murid mendapat gambaran yang sebenar dunia pekerjaan yang akan mereka tempuhi nanti. Terima kasih wakil KSIB yang telah membantu dalam lawatan ini.
Share:

Wednesday, February 24, 2016

Program Keceriaan Kelas | Aktiviti KSIB 2016

Program Keceriaan Kelas merupakan program yang memerlukan penglibatan KSIB yang ramai dalam memastikan kelancaran program ini. Melalui penglibatan KSIB, guru kelas akan dapat meringankan beban serta berkerjasama menghiaskan kelas anak masing - masing. Tambahan pula, ibu juga dapat berbual dan saling mengenali antara satu sama lain. Bak kata pepatah, "tak kenal, maka tak cinta"

Kerjasama yang erat antara guru dan ibu bapa KSIB dapat memberikan 1001 faedah kepada semua pihak. Semoga lebih ramai ahli baharu KSIB yang akan turut serta dalam program yang akan datang.


Ibu bapa sedang kusyuk menyiapakan alas meja kelas anak masing - masing.









Kerjasama yang ditunjukkan oleh ibu bapa amat membantu guru kelas memastikan keceriaan kelas dapat disiapkan secepat yang mungkin.




KSIB sentiasa bersedia untuk membantu pihak sekolah dalam pelbagai aktiviti yang direncanakan demi keselesaan murid. Marilah kita bersama - sama membantu dan menyumbang sesuatu untuk sekolah. Muafakat membawa berkat.
Share:

Tuesday, January 5, 2016

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK ST. MARY KUALA LUMPUR




The quality of our school has been increasing steadily with good prospects for further growth in the professional as well as the personal profiles of our graduates.
Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN