Pada minggu ini Panitia PJK mengadakan Ujian SEGAK,ujian SEGAK Adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan,komponen kecergasan SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sekolah rendah dan menengah.
Matlamat SEGAK: murid sentiasa peka,berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.
Dalam ujian SEGAK murid-murid akan melalui lima instrumen iaitu pengiraan indeks jisim badan,naik turun bangku,tekan tubi ubah suai,ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur.