JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Friday, July 6, 2018

SUASANA SEMASA PERSIAPAN JUALAN SAYUR-SAYURAN SEMPENA HARI PELAPORAN 2018

Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir bagi melancarkan proses persiapan ini. Kesudian tuan puan semua telah dapat meringankan tugasan persiapan kali ini. Pengorbanan masa dan tenaga yang ditunjukkan oleh tuan puan amatlah dihargai dan semoga segala urusan tuan puan juga akan dipermudahkan olehNya.



 Hasil kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru, barangan jualan dapat disiapkan lebih awal berbanding tahun-tahun sebelum ini.


 Masing-masing sedang sibuk membungkuskan sayuran yang akan dijual pada hari esok. Anak-anak juga tidak ingin melepaskan peluang untuk membantu proses persiapan ini.









 Guru besar turut hadir membantu persiapan jualan sayuran ini bersama ayahnya. Puan Sachpreet (Ketua KSIB) juga turut hadir sejak jam 5.00 petang bagi menguruskan proses persiapan kali ini.



 Ceria bersama membungkuskan sayuran yang diterima.






Alhamdulillah proses persiapan berjalan dengan lancar dan teratur dengan bantuan daripada semua pihak. Semoga hasil jualan pada kali ini akan lebih meningkat bagi membantu persediaan Pusat Sumber Sekolah dalam menghadapi Pertandingan Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2019.
Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN