JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Friday, November 30, 2018

PEMAKAIAN KASUT DAN STOKIN 2019



Berdasarkan kenyataan media KPM jelas menyatakan KPM akan melaksanakan pemakaian kasut dan stokin berwarna hitam secara beransur - ansur (soft landing). Pemakaian penuh adalah pada 2021.



Semoga mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua ibu bapa dan penjaga Puteri Jelita di Sekolah Kebangsaan St Mary 🌹
Share:

Thursday, November 29, 2018

SESI PENYAMPAIAN KEPUTUSAN UPSR 2018



Pada hari ini 29 November 2018, pihak sekolah telah mengadakan sesi penyampaian keputusan UPSR kepada semua murid yang terlibat.

Sesi penyampaian slip keputusan UPSR dijalankan secara ringkas agar dapat memastikan semua murid tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan keputusan masing-masing. ❤️😍

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil semasa sesi penyampaian berlangsung :












Semoga semua murid akan terus berusaha bersungguh - sungguh demi kejayaan masa hadapan. ❤️😍



Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah menguruskan sesi penyampaian slip keputusan UPSR pada hari ini.

Selamat bercuti. ❤️
Share:

KUNJUNGAN PEGAWAI DARIPADA PPWS SIC+ | SEKOLAH SHOWCASE PAK-21



Pada hari ini 28 November 2018, pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada tiga orang pegawai dari PPWS SIC+. Antara pegawai yang hadir ialah Tn Hj Bahaudin, En. Hafizan dan En. Efendi.

Kunjungan ini juga merupakan lanjutan berkaitan Sekolah Kebangsaan St Mary yang telah terpilih sebagai Sekolah Showcase PAK-21 Zon Sentul. Terdapat tiga buah sekolah yang terpilih iaitu SMK (l) Methodist, SJK(T) ladang Edinburgh dan SK St. Mary.



Semasa kunjungan ini, pihak pentadbir, gpk dan ketua panitia turut bersama dalam taklimat yang disampaikan oleh pegawai berkenaa.
Share:

Wednesday, November 28, 2018

BENGKEL PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI 2018



Pada hari ini 27 November 2018, satu siri Bengkel Pengurusan Mesyuarat Berkualiti 2018 telah diadakan oleh Cik Ngan Wai Fun selaku guru besar sekolah. Bengkel ini diadakan di Makmal Komputer SK St. Mary pada sekitar jam 11.30 pagi.

Pelbagai info terkini mengenai pengurusan mesyuarat yang berkualiti telah disampaikan oleh guru besar.








Semoga segala input yang diterima akan dapat diaplikasikan dalam tugasan guru semua demi meningkatkan kualiti gerak kerja guru dalam perkhidmatan cemerlang. ❤️
Share:

Tuesday, November 27, 2018

TAKLIMAT PENGURUSAN HRMIS 2.0



Pada hari ini 27 November 2018, satu taklimat berkenaan HRMIS 2.0 telah diadakan di Makmal Komputer SK St.Mary pada jam 11.15 pagi.

Taklimat berkenaan jumlah baki Cuti Rehat Khas (CRK) telah disampaikan oleh Puan Nurul Wahida sebagai wakil kepada ketua kerani sekolah.


Share:

TAKLIMAT E-RPH SK ST. MARY | Let's Frog


Pada hari ini 27.11.2018, Unit Let's Frog, St Mary telah mengadakan sesi taklimat berkenaan persediaan E-RPH kepada semua guru di Makmal Komputer

Semua guru diberikan pendedahkan mengenai panduan penyediaan tapak rph dan penggunaan medium Google Drive dalam urusan tugasan guru.








Terima kasih diucapkan kepada semua guru atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang taklimat ini berlangsung.

Selamat menerokai e-rph dan Frog 🐸 VLE 😍😁
Share:

Monday, November 26, 2018

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2018 | TAHNIAH PUTERI JELITA


 Pada 23 November 2018, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018. Majlis ini turut dirasmikan oleh Puan Rusilawati binti Muhammad selaku Penolong Pengawai PPWS. Turut hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis ialah Ahli Jawatankuasa PIBG dan wakil Alumni SK St. Mary.

Pihak sekolah turut menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah sudi melapangkan masa untuk menyaksikan detik bersejarah buat Puteri Jelita. Semoga anugerah ini menjadi pendorong buat seluruh Puteri Jelita di SK St. Mary. Penerapan nilai positif dan bersemangat tinggi amat penting dalam diri semua murid. Teruskan berusaha hingga berjaya mencapai kejayaan yang diimpikan.

Pihak sekolah sentiasa mendoakan akan Puteri Jelita SK St. Mary terus cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburi dan seterusnya membuktikan impian kemenjadian murid berjaya direalisasikan.

 Berikut merupakan detik - detik gembira yang sempat dirakam oleh lensa jurukamera :-























Sirih Junjung - Acara pembukaan majlis hari ini diserikan dengan gimik persembahan Sirih Junjung oleh Puteri Jelita.











Inovasi PIBK : Penggunaan sistem e-kehadiran bagi merekod kehadiran ibu bapa dalam majlis kali ini.

Lirikan senyuman manis Puteri Jelita.




Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN