Pada 1 Ogos 2019, satu Taklimat Kemasukan Ke Tingkatan 1 telah diadakan di Dewan SK St. Mary bermula jam 8.00 pagi. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Penyelaras Tahun 6 iaitu Puan Fatima Nathan.
Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah sebagai pengisian slot
pengenalan alam persekolahan menengah kepada murid Tahun 6 yang bakal
melangkah ke tingkatan 1 pada tahun hadapan. Murid-murid dimaklumkan mengenai proses-proses yang perlu dilalui bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat sekolah menengah.
Selain daripada taklimat
yang disampaikan, murid-murid juga dimaklumkan tentang senario
pembelajaran sekolah menengah yang bakal dihadapi oleh mereka