JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Tuesday, November 21, 2017

PERUBAHAN UPSR KEPADA PPSR

 
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 😘

Matlamat kita diakhirnya nanti adalah kemenjadian murid itu sendiri melalui penilaian dan pentaksiran yang holistik. Semoga seruan ini disambut secara positif dan terbuka oleh ibu bapa dan masyarakat. πŸ’πŸ’

Share:

Monday, November 20, 2017

JUARA KATEGORI NYANYIAN SOLO KARNIVAL BAHASA TAMIL

Satu lagi kemenangan yang membanggakan SK St. Mary 🀩



Tempat pertama Lisha Aarthy kategori nyanyian solo Karnival Bahasa Tamil peringkat kebangsaan di Nilai, Negeri Sembilan πŸ†πŸ₯‡πŸ˜πŸ˜†



Terima kasih Cg Malligah kerana mengiringi gadis jelita St. Mary ini πŸ˜πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

#WellDone #YouAreTheBest #GoodJob
Share:

Sunday, November 19, 2017

MAJLIS PERSARAAN CIK JAMILAH SAMSUDIN

Selamat bersara Cik Jamilah bt Samsudin πŸ’ Seorang staf pejabat yang begitu komited dalam menjalankan tugasnya. Mula berkhidmat pada tahun 1986 dan tamat pada tahun 2017.



Terima kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan kepada sekolah dan semua guru serta murid-murid 😍🎊



Selamat berehat, selamat berbahagia di samping keluarga yang tercinta dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang terbaik dalam mengharungi kehidupan di masa akan datang. InsyaAllah 😍😍😍



Ampun maaf dipinta atas segala salah silap dan jika ada terkasar bahasa atau sebagainya.



Terima kasih sekali lagi Cik Jamilah... Sayonara πŸŒΊπŸ’

#alhamdulillah #tahniah #SelamatBersara #SelamatBerehat #SelamatBerbahagia
Share:

Thursday, September 21, 2017

LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA BOMBA JINJANG

Latihan  kebakaran ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada murid tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kes kebakaran di kawasan bangunan sekolah. 

Melalui latihan ini, beberapa orang murid diberi peluang untuk mencuba sendiri menggunakan alat pemadam api bagi memadamkan kebakaran kecil yang disediakan.

Pegawai Bomba memberikan taklimat sebelum latihan dimulakan.

SHARLEEN tersenyum apabila diberi peluang untuk mencuba memadamkan api kebakaran.





Murid tahun 6 juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan latihan kebakaran ini walaupun mereka sedang melaksanakan aktiviti selepas UPSR.


Murid tahun 6 sempat bergambar di hadapan jentera bomba.



Semoga latihan kebakaran ini memberikan manfaat kepada semua murid bagi menghadapi kebakaran. Sekiranya berlaku.
Share:

Saturday, June 17, 2017

MAJLIS PERPISAHAN PERTUKARAN GURU

MAJLIS PERPISAHAN GURU 


🌸 Pn Zawiah Ibrahim
🌸 Pn Norhayatie Hashim
🌸 Pn Rosmani Abdul Halim
🌸 Pn Norazalina Juffri
🌸 En Ahmad Faruq Che Mustafa

🌼🌼 Majlis perpisahan diadakan pada Jumaat, 16 Jun 2017, 
11.05-12.05 tengah hari di dewan sekolah.🌼🌼

Selamat maju jaya semua... Doa yg terbaik untuk kalian...
Share:

Wednesday, January 18, 2017

MAJLIS PERASMIAN MAKMAL KOMPUTER PIBG

Majlis ini diadakan bagi simbolik kewujudan Makmal Komputer PIBG SK St. Mary. Makmal komputer ini berjaya direalisasikan melalui sumbangan oleh pelbagai pihak. Antaranya Felda ProData, PPUKM dan Rentwise SDN BHD.











Semoga dapat digunakan sebaiknya oleh semua warga SK ST. Mary dalam meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.
Share:

Tuesday, August 23, 2016

KSIB Aktif Membantu Sekolah Dan PIBG Dalam Pelbagai Aktiviti | KSIB Cemerlang Sentul

 
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) pada tahun ini telah mengaktifkan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB). Rakan-rakan KSIB yang terdiri dari ibu bapa dikendali di bawah biro Sarana.

Gambar di bawah merupakan sebahagian rakan KSIB sekolah yang sentiasa membantu pihak sekolah dan pihak PIBG dalam pelbagai aspek seperti tenaga, ilmu dan wang ringgit. 😊 Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan atas bantuan tuan dan puan demi keselesaan semua murid.

Terdapat sekitar 70 +- rakan KSIB yang aktif untuk membantu apa jua yang diperlukan oleh pihak Sekolah. Semoga rakan-rakan KSIB SK St. Mary yang aktif ini meningkat dari semasa ke semasa seiring dengan anjakan ke 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mengalakkan ibu bapa dan pihak sekolah dapat bekerjasama demi kecemerlangan sekolah.


πŸ“Œ Kepada ibu bapa yang masih belum mendaftar sebagai rakan KSIB dan berminat bolehlah menghubungi AJK PIBG yang dilantik. πŸ™‹

#KSIB
#RakanKSIB
#IbuBapaAktif
#PIBG
Share:

Thursday, June 30, 2016

KSIB Dalam Program Cer Citer Red Riding Hood | Aktiviti KSIB 2016

Program Cer Citer merupakan sebuah program yang diuruskan oleh Pusat Sumber Sekolah. Cikgu Syafiqah dan beberapa orang ahli KSIB serta ajk PIBG bergandingan untuk mempersembahkan sebuah cerita pendek yang bertajuk "Red Riding Hood".

Cerita ini mempunyai nilai murni yang banyak dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Murid - murid amat seronok menghayati persembahan yang ditunjukkan oleh gandingan mantap antara KSIB dan PIBG.


Jom saksikan persembahan Program Cer Citer "Red Riding Hood"
 

Persembahan yang menarik dipamerkan oleh KSIB dan PIBG. Beberapa sesi latihan dibuat sebelum dipersembahkan kepada murid - murid, terima kasih diucapkan atas komitmen yang ditunjukkan oleh ahli KSIB yang mengambil bahagian. Ayuh ! KSIB mampu ke hadapan !
Share:

Monday, June 27, 2016

Sumbangan 10 Unit Komputer Oleh PPUKM | KSIB Korporat

Pada 29 Jun 2016, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia telah melakar satu lagi sejarah bagi tahun 2016. Kerjasama yang terjalin ini memberikan pelbagai kebaikan kepada pihak sekolah demi keselesaan semua murid. 
PPUKM telah memberikan sumbangan sebanyak 10 unit komputer terpakai kepada Sekolah Kebangsaan St. Mary untuk digunakan di dalam Makmal Komputer yang sedang diwujudkan.

Sesi Ice-Breaking bersama Prof Dr. Datin Norlinah


Prof merupakan salah seorang ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan St. Mary.



Guru Besar, Cik Ngan Wai Fun sedang menandatangani surat akuan penerimaan sumbangan 10 unit komputer terpakai dari PPUKM.

PIBG dan KSIB Sekolah Kebangsaan St. Mary ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan oleh PPUKM dalam menjayakan usaha mewujudkan sebuah makmal komputer di sekolah.
Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN