JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Friday, January 5, 2018

TAKLIMAT PENGGUNAAN SMART CLASSROOM 2018 | PEDAGOGI KELAS ABAD KE 21

Proses pembelajaran pada umumnya lebih mudah dilakukan jika dilakukan melalui media audio visual dibandingkan dengan membaca berhalaman-halaman buku teks. Bayangkan saja, betapa menguntungkannya bagi para trainee untuk memahami suatu bab dengan penuh penggambaran visual di kelas. 

Konsep pendidikan dengan Smart Classroom memang menjadi keistimewaan bagi para pelajar di abad ke-21. Teknologi telah merubah cara hidup manusia, dan jika hal itu adalah untuk kebaikan, mengapa tidak?

Pada 4 Januari 2018, satu sesi taklimat tatacara penggunaan sistem Smart Classroom telah diadakan kepada guru-guru di SK St. Mary di Bilik Reka Bentuk & Teknologi (SmartClassroom) oleh syarikat EduGroup.

Sebagai info tambahan, SMK St. Mary juga turut menyediakan kemudahan SmartClassroom ini di beberapa buah kelas bagi memudahkan dan meningkatkan kualiti dan keberkesanan PdPc murid-murid.

Dalam taklimat, guru - guru telah didedahkan secara langsung mengenai panduan menggunakan peralatan yang telah dibekalkan oleh EduGroup.

1. Sony Projector with cage (3200 lumens)
2. Logitech Wireless Presenter
3. Wireless Keyboard & Mouse

4. IntelCompute Stick
5. DeepFreeze System
6. On Off Procedure

Disamping itu, guru - guru juga didedahkan tentang penggunaan Frog Vle, Frog Play, Widget Site,  dan Google Drive serta contoh-contoh pembelajaran menggunakan kemudahan SmartClassroom.

Antara objektif keperluan ‘Smart Classroom’  adalah seperti yang berikut :

a. Untuk kegunaan PdPc murid Tahun 6 sebagai alat bantuan pengajaran dalam persediaan menghadapi PPSR.

b. Untuk membolehkan guru dan murid mengakses internet bagi mendapatkan bahan-bahan bantuan mengajar secara terus semasa proses PdPc berlangsung.

c. Mendedahkan kepada murid proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti melalui
penggunaan teknologi maklumat sebagai medium dalam PdPc.

d. Integrasi dengan Modul Pembelajaran serta Buku Digital.


Encik John Tiew selaku wakil utama EduGroup memberikan penerangan mengenai ciri - ciri dan kualiti perkakasan yang telah dibekalkan kepada guru.

Encik Edward juga menerangkan cara - cara penggunaan alat kawalan tanpa wayar dan tip-tips semasa PdPc.

Para guru mencatat input - input yang sedang disampaikan oleh wakil EduGroup.

Guru besar turut hadir bersama dalam taklimat SmartClassroom pada petang ini. Beliau turut mengingatkan guru agar dapat memaksimakan penggunaan kemudahan yang telah disediakan ini.

Ucapan oleh guru besar.


Encik Edward juga menerangkan cara - cara penggunaan alat kawalan tanpa wayar dan tip-tips semasa PdPc.
Smart Classroom biasanya dianggap seperti menonton filem di bioskop, gambar-gambar bergerak digunakan untuk menyampaikan pembelajaran. Input-input yang penuh visual  ini sangat eye-catching dan murid akan mudah terhubung dengan bahan pembelajaran. Hal ini disebabkan kerana panca indera penglihatan dan pendengaran mereka terlibat dan seterusnya membantu mereka untuk mengingat maklumat dengan lebih cepat dan efektif.
Share:

TAKLIMAT PENYELARAS TAHUN 6 | CALON PPSR 2018

Taklimat untuk Tahun 6 telah disampaikan oleh Guru Penyelaras Tahun 6 iaitu Puan Fatima Nathan. Semoga semua calon PPSR 2018 akan bersedia bermula dari sekarang bagi menghadapi cabaran sepanjang tahun ini.





GPK Pentadbiran menyampaikan ucapan dan info - info penting tentang persediaan PPSR 2018.
 
Murid - murid mendengar dengan tekun terhadap info yang disampaikan oleh Puan Fatima Nathan.



Murid-murid tahun 6 mencatat nota dan info yang disampaikan oleh guru - guru tahun 6.

Share:

Thursday, January 4, 2018

JALINAN KERJASAMA IBU BAPA BERSAMA PIHAK SEKOLAH | VIDEO


Seruan kepada ibu bapa pelajar agar terus komited bekerjasama, berganding bahu dengan pihak sekolah untuk mengoptimumkan keupayaan dan kebolehan setiap murid demi kejayaan mereka yang holistik. 



Semoga pada tahun 2018 ini kita akan terus mencapai kejayaan yang cemerlang. Insya Allah. 

#PIBK 
#KemenjadianMurid
#BackToSchool2018
Share:

PROGRAM DLP DITERUSKAN | SCHOOLS CARRY ON WITH DLP



Maklumat terkini mengenai status Program DLP telah diperoleh iaitu program ini akan diteruskan seperti biasa.

Proses pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan bermula pada minggu hadapan.

Sekian, harap maklum.

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1219770351457870&id=377863958981851
Share:

Wednesday, January 3, 2018

TAKLIMAT RINGKAS PENGAWAS SEKOLAH SESI 2018



Satu sesi taklimat kepada barisan pengawas sekolah telah diadakan di lobi sekolah pada hari ini. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Sulhana Lockman selaku guru badan pengawas. 

PERANAN SEORANG PENGAWAS
  1. Mengawal disiplin murid.
  2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada murid dan pengawas junior.
  3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.
  4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan murid.
  5. Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
  6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
  7. Memimpin rakan-rakan (murid lain).
  8. Mencegah kes jenayah di sekolah.
  9. Menghormati guru.
  10. Tidak berat sebelah dalam tugas harian.
  11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
  12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan murid lain.
  13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
  14. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
  15. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
  16. Mempengaruhi murid lain untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
  17. Menyimpan rekod atau maklumat murid yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
  18. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
  19. Memastikan murid beratur semasa membeli makanan di kantin.


Semoga dapat memperkasakan lagi Unit Disiplin dari semasa ke semasa. 

Terima kasih kepada semua. Doa kami semoga anak-anak ini berjaya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berjaya. 

Syabas dan tahniah.


Share:

Makluman Penangguhan Program DLP | Kelas DLP Tahun 1 & Tahun 4 Ditangguhkan



Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pelaksanaan DLP bagi tahun 2018 adalah seperti berikut:

1. Bagi 1170 SK dan SMK sedia ada (kohot 2016 dan 2017), pelaksanaan DLP adalah diteruskan bagi kelas sedia ada. Pembukaan kelas baharu ditangguhkan sehingga surat pekeliling dan garis panduan pelaksanaan DLP dikeluarkan.

2. Bagi 45 SJKT ( kohot 2017), kelas sedia ada diteruskan dan pembukaan kelas baharu ditangguhkan.

3. Bagi 88 sekolah yang baharu diluluskan utk pelaksanaan tahun 2018, pembukaan kelas ditangguhkan sehingga surat pekeliling dan garis panduan dikeluarkan.

Sekolah Kebangsaan St. Mary merupakan kohort 2016. Maka, kelas DLP tahun 2, 3,5 & 6 di teruskan manakala Tahun 4, ditangguhkan dahulu (on hold) .

Sekian, harap maklum 😊
Share:

Tuesday, January 2, 2018

Hari Pertama Sesi Persekolahan Tahun 2018

Antara ragam yang sempat dirakam oleh lensa pada hari pertama persekolahan sesi 2018 hari ini. 
 
Kelihatan ibu bapa murid tahun 1 sesi 2018 turut meluangkan masa untuk melihat telatah anak masing-masing di hari pertama alam sekolah rendah. Pasti ibu bapa semua teruja. 


Murid murid Tahun 6 tersenyum gembira di hari pertama persekolahan dan bersedia untuk mengharungi cabaran menjadi calon PPSR pada tahun ini.

Hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2018 telah berjalan lancar dengan jayanya.
Share:

Pemantauan Oleh Nazir Di Hari Pertama Persekolahan Sesi 2018

Selesai pemantauan oleh Nazir (KPM) di sekolah pada hari pertama persekolahan hari ini. 
 


Alhamdulillah Sekolah Kebangsaan St. Mary mendapat respon yang positif. Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Share:

JADUAL WAKTU MENGIKUT KELAS SESI 2018


Semoga dapat membantu persediaan persekolahan anak tuan puan.

Jadual Waktu Tahun 1 



Jadual Waktu Tahun 2



Jadual Waktu Tahun 3




  
Jadual Waktu Tahun 4




  
Jadual Waktu Tahun 5
  


Jadual Waktu Tahun 6




  
Sekian, harap maklum dan terima kasih. 
Share:

Monday, January 1, 2018

Info Waktu Balik Mengikut Tahun & Murid Bagi Sesi 2018

Berikut disertakan Info Waktu Balik Mengikut Tahun & Murid Bagi Sesi 2018 bagi memudahkan pengurusan pengangkutan.


Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN