JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Wednesday, January 9, 2019

PEMBUDAYAAN AMALAN PAK21 DALAM SESI PDPC | SUDUT PIDATO TAHUN 5



Pembelajaran Abad Ke 21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan.

PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid.









Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21.
Share:

TAKLIMAT AKADEMIK BERSAMA PUTERI JELITA TAHUN 6 SESI 2019



Unit Kurikulum juga mengadakan sesi Taklimat Akademik bersama Puteri Jelita Tahun 6 sesi 2019. Beberapa pesanan penting disampaikan oleh Guru Penyelaras Tahun 6 kepada Puteri-puteri Jelita Tahun 6.




Semoga info dan pesanan yang disampaikan dalam taklimat kali ini menjadi ingatan dan panduan buat semua Puteri Jelita Tahun 6 sesi 2019.

Kejayaan adalah milik setiap insan yang berusaha tanpa pernah mengenal penat lelah. Ayuh, Puteri Jelita Tahun 6, mulakan usaha anda sekarang. πŸ’–
Share:

TAKLIMAT SAYANGI BUKU TEKS PUTERI JELITA TAHUN 1 SESI 2019



Pada hari Rabu 9 Januari 2019, Unit Skim Pinjaman Buku Teks SK St Mary telah mengadakan sesi Taklimat Sayangi Buku Teks bersama Puteri Jelita Tahun 1 sesi 2019.






Mohon kerjasama semua ibu bapa dan penjaga untuk memastikan buku teks anak dibalut dengan kemas dan ditulis nama murid pada setiap buku teks yang diterima. 😘

πŸ’• Sayangi Buku Teks, Amanah Buat Kita Semua πŸ’•
Share:

PUTERI JELITA MEMBUDAYAKAN NILAI MURNI MENJAGA KEBERSIHAN KANTIN SEKOLAH



Unit Hal Ehwal Murid SK St Mary sentiasa memupuk budaya nilai murni Puteri-puteri Jelita di SK St Mary.











Membudayakan amalan menjaga kebersihan semasa di kantin sekolah merupakan antara aspek yang dititikberatkan bagi mengekalkan kebersihan dan keceriaan di kantin.

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya mengamalkan amalan baik ini demi keselesaan semua warga SK St Mary 😍
Share:

AMALAN BAIK PUTERI JELITA ST MARY | VIDEO




Amalan baik Puteri Jelita St Mary, mempraktik nilai kebersihan, tanggungjawab dalam merealisasikan kemenjadian murid.

Semoga menjadi amalan dan ikutan buat semua Puteri Jelita 😍 
Share:

Thursday, January 3, 2019

ZIARAH KASIH OLEH BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF (BKGS) | PUAN ALIANA



Ziarah Kasih Badan Kebajikan Guru dan Staf (BKGS) 2019 ke ICU Hospital Selayang petang tadi.

Info terkini, keadaan Puan Aliana stabil, tapi masih tidak sedarkan diri. Dos ubat telah diberhentikan 24 jam. Doktor masih menunggu Puan Aliana sedarkan diri sahaja..

Marilah kita bersama-sama doakan semoga Puan Aliana cepat sembuh seperti sediakala... Aamiin..🌹
Share:

LAWATAN KIDZANIA KE SK ST MARY | PROGRAM TRANSISI TAHUN 1



Pada hari ini 3 Januari 2019, pihak Kidzania telah hadir ke Sekolah Kebangsaan St Mary untuk memenuhi jadual Program Transisi Puteri Jelita Tahun 1 sesi 2019. Kumpulan Kidzania ini telah menjalankan beberapa aktiviti yang menarik untuk Puteri Jelita Tahun 1. 😍

Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat dirakam pada hari ini.












Semoga Puteri-puteri Jelita Tahun 1 akan terus bersemangat sepanjang Program Transisi dijalankan. St Mary I Serve 😍😘❤️
Share:

Tuesday, January 1, 2019

LADAP PEMANTAPAN PAK21 | SHOWCASE PAK21



Pada 31 Disember 2018, pihak sekolah telah mengadakan Sesi LADAP Pemantapan PAK21 di Bilik Mesyuarat Sekolah. Sesi LADAP ini dikelolakan oleh Encik Bahaudin bin Manaf dan Encik Afendi.

Dalam sesi kali ini, guru-guru diberikan pendedahan tentang pengaplikasian proses PDPC bercorakkan PAK21 yang menarik. Sekolah St Mary telah dipilih untuk menjadi sekolah Showcase PAK21 bermula sesi 2019.








Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memantapkan pemahaman para guru terhadap aspek PAK21.

Salam Tahun Baharu 2019.

Terima kasih atas sokongan semua. Sama-sama kita jadikan 2019 tahun lebih cemerlang untuk terus memartabatkan pendidikan.
Share:

LAWATAN PERSEDIAAN PERSEKITARAN SEKOLAH SHOWCASE PAK21 SESI 2019



Pada hari ini, satu sesi Gallery Walk telah dijalankan oleh Encik Mohd Bahaudin Bokhari Bin Manaf dan Encik Affendi selaku wakil PPWS.



Beliau telah diiringi oleh Guru Besar, dan 3 orang Guru Penolong Kanan bagi meninjau kawasan persekitaran sekolah dan tahap ketersediaan pihak sekolah menjelang bermulanya sesi persekolahan 2019.






Semoga sesi persekolahan 2019 akan berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Sama-samalah kita meneruskan kecemerlangan SK St Mary, Kuala Lumpur. 😘
Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN