JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Friday, May 17, 2019

ZIARAH CAKNA KELUARGA ADIK NILA AIDA | SALAM TAKZIAH DAN SEMOGA TABAH


Pada 17 Mei 2019, pihak sekolah telah mengadakan sesi Ziarah Cakna terhadap keluarga Adik Nila Aida Rachmah bt Azlisyam iaitu murid kelas 5 Mawar yang baru sahaja kehilangan ayahanda tercintanya. 

Dalam ziarah ini, pihak sekolah dengan diwakili oleh guru kelas 5 Mawar iaitu Puan Fatimah Isa dan diiringi oleh guru kaunseling sekolah iaitu Puan Syafini telah menyerahkan kutipan sumbangan yang diberikan oleh semua warga SK St Mary ❤️ 

Pihak sekolah dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid telah membuat kutipan sumbangan khas buat keluarga Adik Nila Aida pada 13 Mei 2019. 

Di bulan yang mulia ini, Adik Nila Aida diuji dengan berita yang amat menyedihkan dengan pemergian ayahanda yang tercintanya. 
 Semoga sumbangan yang dihulurkan ini akan dapat membantu meringankan beban keluarga Adik Nila Aida yang baru sahaja diuji dan semua warga SK St Mary mendoakan agar keluarga Adik Nila Aida akan terus tabah menghadapi dugaan ini. 


Terima kasih atas sumbangan yang telah dihulurkan dalam sesi kutipan sumbangan khas buat Adik Nila Aida pada kali ini. Didoakan semoga arwah di tempat bersama golongan orang-orang yang beriman. InsyaAllah 

Share:

Wednesday, May 15, 2019

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2019


Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran bagi sesi 2019. Majlis ini telah diadakan di Dewan SK St Mary bermula jam 8.45 pagi. 

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada semua Puteri Jelita kerana telah berjaya khatam Al-Quran bersempena ramadan tahun ini.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang majlis ini berlangsung 😍





























بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ. حَمْدًا شَاكِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمِ. بِبَرَكَةِ الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ. اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا. وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَ الَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ.

اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا. وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا. وَفِى الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا. وَعَلَى الصِّراطِ نُوْرًا. وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا. وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا. وَإِلَى الْخَيْرتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا. بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ.

اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهَدَايَةِ الْقُرْءَانِ. وَنَجِّنَا مِنَ النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا بِفَضِيلَةِ الْقُرْءَانِ. وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلَاوَةِ الْقُرْءَانِ. يَا ذَا الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار .وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ.


Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingtkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
Share:

Thursday, May 9, 2019

MyDMBS SK ST. MARY 2019 | DRINK MOVE BE STRONG



Drink. Move. Be Strong adalah satu usaha yang berterusan oleh pihak DLMI dalam membudayakan kanak-kanak di Malaysia untuk kekal sihat,cergas dan cerdas. Melalui usaha Drink dan Move, kami menggalakkan kanak-kanak untuk turut serta membudayakan amalan cergas secara fizikal dan emosi.

Usaha ini menjadi simbolik kepada produk susu berkhasiat semula jadi di mana kami menggalakkan pengambilan susu bersama diet seimbang dan aktiviti yang sihat. 

Ini merupakan satu idea besar yang dimulai dengan langkah-langkah yang kecil untuk semua kanak-kanak, dimana ia dilihat akan memberi satu impak perbezaan yang ketara kepada kanak-kanak di Malaysia.

MyDMBS
(Drink. Move. Be Strong.)


Share:

Tuesday, May 7, 2019

ST. MARY'S GALA DINNER | UNITED & STRONG | PAST & PRESENT


💙💛💙💛ST. MARY'S GALA DINNER 💙💛💙💛
                United & Strong - Past & Present

A Fund-raising Dinner & Mini Concert under the patronage of YAB Tun Dr. Siti Hasmah Binti Mohd Ali to benefit SK. St. Mary's and SMK St. Mary’s.


💙 For SMK St. Mary
Funds needed for the on-going operation of the Saleha Hospitality & Culinary Arts Centre (SHCAC), including employment of a chef-instructor to teach the girls cooking and baking. No funds provided by the government for such lessons since Home Science or Home Economics is no longer part of the school syllabus.

💙 For SK St. Mary
St. Mary’s Primary School is chosen as the Showcase School for “Pendidikan Abad Ke 21” in Sentul Zone. In order to the meet the challenges ahead, the school is embarking on an ambitious plan to raise funds to equip all the classrooms with smartboards (interactive white boards). This will bring about an effective and fun learning environment in all the classrooms.

💙 EVENT DETAILS:
Date : July 6, 2019 (Saturday)
Time : 7:45 pm – 11pm (registrations starts at 6pm) 
Venue : Sime Darby Convention Centre, 1A, Jalan Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur
Waze link to event: https://www.waze.com/ul?ll=3.13822230%2C101.64795600&navigate=yes&zoom=16
Dresscode : Semi-formal

Dinner with performances by students of SK St. Mary’s & SMK St. Mary’s AND a Special Performance By YAB Tun Dr. Siti Hasmah ❤️

💛 TICKETS FOR THE EVENT:
Platinum RM 10,000 per table (10 pax)
Gold RM 5,000 per table (10 pax)
Regular RM 250 per pax (10 pax per table)

💛 RSVP METHODS:
1) Online Booking Form : https://forms.gle/TDP2nPmafVMgKLqQ7
2) Via Email : stmarys.alumni.events@gmail.com

💛 PAYMENT DETAILS:
SMK ST MARY (BOARD OF GOVERNORS)
MAYBANK
512558132384

💛 EMAIL PAYMENT SLIPS & ENQUIRIES:
1) For Ex. St. Marians:- WhatsApp to 012-201 6842 (Ms. Cynthia), or email payment slip to stmarys.alumni.events@gmail.com.

2) For Current students & parents of SK. St. Mary's (primary):- WhatsApp to 012-214 1689 (Pn. Ruzie)

3) For Current students & parents of SMK. St. Mary's (secondary):- WhatsApp to 012-238 7887 (Mdm. Amelia)

NOTE:
Seat allocation will be done only after payment is received. Please secure your seats with payment as soon as you register.
Share:

PELANCARAN MINGGU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN PENDIDIKAN MORAL 2019


Pada 6 Mei 2019 yang lalu, berlangsungnya Pelancaran Minggu Panitia Pendidikan Islam & Pendidikan Moral.

Cik Ngan Wai Fun selaku guru besar SK St Mary telah merasmikan Minggu Panitia Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ini.





Semoga murid-murid dapat mempelajari pelbagai ilmu tambahan sepanjang Minggu Panitia ini berlangsung.

Terima kasih diucapkan kepada barisan guru Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral SK St Mary. ❤️
Share:

SALAM RAMADAN 2019 M/ 1440 HIJRAH | NAMA KUMPULAN TADARUS AL-QURAN

 Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua warga SK St Mary yang beragama Islam ❤️

💞 Berikut merupakan kumpulan - kumpulan Tadarus Al-Quran Puteri Jelita pada tahun ini. 🌹

Share:

Friday, May 3, 2019

PROGRAM CELIK NUTRISI | PEMAKANAN SIHAT SI CILIK

Pada 29 April yang lalu telah berlangsungnya Program Celik Nutrisi di Bilik Kesenian SK St Mary ❤️ 

Beberapa orang Puteri Jelita St Mary telah dipilih untuk mengikuti sesi Program Celik Nutrisi pada kali ini.




Sesi Celik Nutrisi ini disampaikan oleh Puan Siti Syazwani Binti Abdullah iaitu Pegawai Sains Pemakanan dari Klinik Kesihatan Sungai Besi. 

Semoga program yang diadakan pada kali ini memberikan info yang bermanfaat kepada semua Puteri Jelita dan meningkatkan kesedaran bertapa pentingnya dalam penjagaan pemakanan. ❤️😘
Share:

DIALOG PRESTASI 2/2019

Pada 2 Mei 2019 telah berlangsungnya Dialog Prestasi 2/2019 di Bilik Mesyuarat SK St Mary. 

Beberapa agenda penting telah dibincangkan bagi meningkatkan pencapaian dan kejayaan sekolah. 



Semoga SK St Mary akan terus menjadi sekolah yang unggul dari segi akademi dan ko-akademik pada tahun ini. 🌹 
Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN