Pada 17 Mei 2019, pihak sekolah telah mengadakan sesi Ziarah Cakna terhadap keluarga Adik Nila Aida Rachmah bt Azlisyam iaitu murid kelas 5 Mawar yang baru sahaja kehilangan ayahanda tercintanya.
Dalam ziarah ini, pihak sekolah dengan diwakili oleh guru kelas 5 Mawar iaitu Puan Fatimah Isa dan diiringi oleh guru kaunseling sekolah iaitu Puan Syafini telah menyerahkan kutipan sumbangan yang diberikan oleh semua warga SK St Mary ❤️
Pihak sekolah dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid telah membuat kutipan sumbangan khas buat keluarga Adik Nila Aida pada 13 Mei 2019.
Di bulan yang mulia ini, Adik Nila Aida diuji dengan berita yang amat menyedihkan dengan pemergian ayahanda yang tercintanya.
Semoga sumbangan yang dihulurkan ini akan dapat membantu meringankan beban keluarga Adik Nila Aida yang baru sahaja diuji dan semua warga SK St Mary mendoakan agar keluarga Adik Nila Aida akan terus tabah menghadapi dugaan ini.
Terima kasih atas sumbangan yang telah dihulurkan dalam sesi kutipan sumbangan khas buat Adik Nila Aida pada kali ini. Didoakan semoga arwah di tempat bersama golongan orang-orang yang beriman. InsyaAllah