Pada 23 Mei 2019 telah berlangsungnya Majlis Iftar Ramadan Kareem di Dewan SK St. Mary. Majlis bermula pada jam 6.30 petang dan berakhir pada jam 8.30 malam. Jamuan kuih - muih diadakan secara 'pot luck' dalam kalangan guru-guru.
Beberapa orang AJK PIBG sesi 2019/2020 turut hadir memeriahkan Majlis Iftar Ramadan Kareem 2019. Terima kasih atas kesudian hadir pada majlis kali ini.
Terima kasih diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam atas penganjuran Majlis Iftar Ramadan Kareem pada kali ini.
Ya Allah, perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami sempena
dalam Ramadan ini. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw),
seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti
baginda hingga ke hari terakhir.
Ameen ya Rabb Al'alameen.
Ameen ya Rabb Al'alameen.