JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Wednesday, February 28, 2018

VIDEO SKYPE-A-THON 2018


Thank you to all the teachers, speakers, and
 students who made this achievement possible.
Share:

Congratulations Skype-a-Thon SK St. Mary| Champion 2018 !

Thank you to all the teachers, speakers, and students who made this achievement possible.
You were born to win, but to be a winner, you must plan to win, prepare to win, and expect to win.
Read more at: https://www.brainyquote.com/topics/winner
You were born to win, but to be a winner, you must plan to win, prepare to win, and expect to win.
Read more at: https://www.brainyquote.com/topics/winner
Well Done
You were born to win, but to be a winner, you must plan to win, prepare to win, and expect to win.
Read more at: https://www.brainyquote.com/topics/winner
You were born to win, but to be a winner, you must plan to win, prepare to win, and expect to win
Read more at: https://www.brainyquote.com/topics/winner
You were born to win, but to be a winner, you must plan to win, prepare to win, and expect to win
Read more at: https://www.brainyquote.com/topics/winn!!!

Sharing open hearts & open minds


  Skype-a-Thon is a global learning event that makes it possible for students to travel the world virtually and connect beyond the classroom.

 Together, we've connected nearly half a million students and traveled over 14,500,000 virtual miles in 48 hours! 


 Explore the clever, colorful and creative mileage photos that were shared during Skype-a-Thon.



Share:

PROGRAM S.U.I.T FEBRUARI 2018 | TAHNIAH SEMUA

Pada hari ini, 27 Februari 2018, Unit Hal Ehwal Murid bersama Unit Bimbingan dan Kauseling sekolah telah menjalankan penyampaian anugerah Program SUIT. Murid - murid yang terpilih merupakan hasil penilaian dan pemilihan oleh rakan-rakan mereka di setiap kelas.

Rasionalnya ialah :-

Keperibadian dan etika yang tinggi
+
Pencapaian akademik yang baik
=
Individu untuk berjaya

Program ini bertujuan mencari murid holistik yang dikenalpasti oleh warga guru serta murid sendiri dan memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat penilaian kendiri.

d


















Program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid-murid untuk mempamerkan sifat dan sikap murni dan mengambil peluang dari persekitaran yang menyokong pembinaan sahsiah cemerlang dan intelek yang dapat diterjemah melalui kemenjadian murid yang hebat, iaitu Individu Terbilang. 
 
Program ini pada akhirnya dapat memenuhi Keperluan Hasrat Diri (Teori Hierarki Keperluan Maslow) yang berkaitan dengan keperluan sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri seseorang murid yang mempunyai sahsiah unggul dan holistik
Share:

Friday, February 23, 2018

PINGAT GANGSA ACARA LONTAR PELURU BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT ZON SENTUL



Tahniah diucapkan kepada Siti Zaharah atas pencapaian cemerlang kerana berjaya memenangi pingat Gangsa dalam Acara Lontar Peluru Bawah 12 Tahun Di Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSWP Zon Sentul.
Share:

KEM BESTARI SOLAT FASA 1/2018



Tarikh : 24 Februari 2018 (Sabtu)
Masa :7.45 pg-2.00 ptg
Sasaran : Semua murid Islam tahun 1-6
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam SK St.Mary

Kehadiran Kem adalah WAJIB bagi semua murid Islam tahun 1 hingga 6.

Murid-murid Islam Tahun 6 akan ke kem selepas kelas tambahan habis. Oleh itu, mereka balik pukul 2pm

Murid tahun 4 & 5, kelas tambahan dibatalkan Sabtu ini 24 Feb. Semua murid islam WAJIB ke kem bestari solat.

Kehadiran semua murid Islam akan dicatat dan dilaporkan ke KPM.
Share:

Monday, February 19, 2018

PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN BUKU SEKOLAH 2018 | SUMBANGAN PERSENDIRIAN

Pada 13 Februari 2018, satu upacara penyerahan sumbangan bantuan buku sekolah 2018 telah diadakan di perkarangan Zon Muafakat SK St. Mary. Seramai 18 orang murid yang berbilang bangsa yang kurang berkemampuan telah menerima sumbangan yang diusahakan oleh Puan Marie Govindaraju. 

Penerima sumbangan pada sesi kali ini.

KECERIAAN murid setelah menerima buku yang disumbangkan oleh Puan Marie.

GURU BESAR menyampaikan sumbangan kepada semua penerima.





Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Marie atas inisiatif beliau untuk memberikan sumbangan kepada murid-murid yang kurang berkemampuan. Diharapkan semoga lebih ramai ibu bapa yang berkemampuan untuk bersama - sama memberikan sumbangan untuk murid-murid di SK St. Mary.

Sekiranya tuan puan ingin memberikan sumbangan dalam apa jua bentuk, tuan puan bolehlah berhubung secara terus dengan guru kelas anak tuan puan masing-masing. 
Share:

PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Pada 13 Februari 2018, pihak sekolah telah menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada murid yang kurang berkemampuan. Upacara penyampaian ini disempurnakan oleh Cik Ngan Wai Fun selaku guru besar SK St. Mary dan disaksikan oleh Puan Siti Norlisa (GPK HEM) dan Puan Lee.

Semoga dengan adanya sumbangan ini, dapatlah menceriakan dan meringankan perbelanjaan untuk menyambut Tahun Baharu Cina pada tahun ini.







Share:

Thursday, February 15, 2018

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2018

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina diucapkan buat semua warga St. Mary. Raikanlah dengan penuh kemesraan. Kita semua 1 ♥ 1 πŸ‡²πŸ‡Ύ .



Semoga perayaan ini dapat disambut dengan penuh bermakna bersama seluruh ahli keluarga dan sahabat handai dalam suasana yang harmoni dan mesra serta dapat menunjukkan tahap perpaduan dan muhibbah rakyat MALAYSIA.



Sehati Senada Seirama St. Mary 🌹 Gong Xi Fa Chai!

Share:

Thursday, February 8, 2018

NAIB JOHAN BEREGU PEREMPUAN BAWAH 10 TAHUN MSSWPKL

Tahniah diucapkan kepada Saasyashrry dan Laavenia atas kejayaan mereka pada hari ini kerana telah berjaya mendapat Naib Johan dalam acara Beregu Perempuan Bawah 10 Tahun MSSWPKL πŸ‘‰πŸ’πŸ‘


Penyampaian sijil pemenang oleh pihak penganjur 😁


Tahniah juga diucapkan kepada Saasyashrry kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara Perseorangan Perempuan Bawah 10 Tahun MSSWPKL πŸ‘


Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang


Pasangan regu emas SK St. Mary 🀩


Perlawan akhir Beregu Perempuan Bawah 10 Tahun MSSWPKL menentang pemain SJKC Chong Nan

Terima kasih atas kerjasama semua dan semoga tahun hadapan akan lebih bersinar buat skuad badminton SK St. Mary 🀩 πŸ‘
Share:

VIDEO PENERANGAN AKTIVITI SEMPENA MINGGU PANITIA BAHASA MALAYSIA

Minggu Panitia Bahasa Malaysia 2018 


Selamat menonton 😘




Share:

LENSA HARI KEDUA PERTANDINGAN BADMINTON ZON SENTUL 2018

Pada hari ini berlangsungnya pusingan seterusnya acara badminton bagi Zon Sentul 2018 di Lavana Sports Complex, Setapak.


Para pemain bergambar bersama guru pengiring iaitu Cikgu Shazzuana dan Cikgu Sabran.


Regu emas SK St. Mary pada tahun ini iaitu Laavenia dan Saasyashrry.




Keputusan Penuh 7 Februari 2018

1. Reenah / Fatin BP10 = Kalah
2. Sugeetha / Dorothy BP12 = Kalah
3. Laavenia PP10 = Kalah
4. Yap Poh Ee PP12 = Kalah
5. Irdhina / Amirah BP12 = Kalah
6. Saasyashrry PP10 = Menang
7. Laavenia / Saasyashrry BP10 = Menang

Sama - sama kita nantikan keputusan peringkat separuh akhir kategori PP10 dan BP10 pada hari esok yang bermula jam 8.00 pagi. πŸ’πŸ˜˜πŸ˜πŸ‘ŒπŸ€žπŸ‘
Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN