JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Sunday, February 3, 2019

GOTONG-ROYONG KEBUN CLIC SK ST MARY

Pada 2 Februari 2019, Unit Kebun CLIC telah mengadakan gotong-royong bersama beberapa orang guru, Dr Zahari iaitu YDP PIBG sesi 2019/2020 dan kumpulan sokongan ibu bapa (KSIB) aktif iaitu Puan Lim, Puan Rohaya dan Encik Johar.

Jika ada ibu bapa mahupun penjaga yang ingin menyertai aktiviti gotong-royong Kebun CLIC pada masa akan datang, bolehlah sertai Grup Whatsapp CLIC melalui pautan di bawah ini.



 Dr Zahari juga membawa beberapa jenis pokok untuk ditanam di Kebun CLIC 😍

 Rak semaian yang baru dibina di Kebun CLIC 

 Encik Johar atau lebih mesra dipanggil Abg Jo sedang mengemas ikatan guni yang dijadikam sebagai bumbung teduhan pokok di Kebun CLIC  






Nasi lemak sebagai juadah untuk mengisi perut setelah berpenat lelah bergotong-royong di Kebun CLIC. 

Follow this link to join my WhatsApp group:
GRUP KSIB CLIC 2019


Selamat datang ke group KSIB CLIC 2019! Marilah kita sama2 mencantikkan dan menginovasikan Kebun CLIC SK St mary.

Harap semua ibu bapa yang sertai grup ini dpt menyumbangkan idea dan pendapat untuk menginovasikan Kebun CLIC serta bersama-sama menyumbangkan tenaga dalam aktiviti gotong-royang yang akan dijalankan. 

Sumbangan kewangan secara ikhlas juga amat dialu-alukan untuk menjayakan aktiviti Kebun CLIC pada tahun ini.

Terima kasih kepada semua ibu bapa kerana ingin menyertai group KSIB CLIC πŸŒΉπŸŒ±πŸŒ³πŸŽ‹πŸŒΎπŸŒΏ☘🌻
Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN