JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Thursday, February 14, 2019

SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2019


Pada hari ini telah diadakan Sambutan Tahun Baharu Cina 2019 peringkat Sekolah Kebangsaan St. Mary. Dalam sambutan kali ini, Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Cina telah mempersembahkan sebuah tarian khas untuk tatapan para tetamu dan Puteri-puteri Jelita.

KepohCilik membuat liputan ringkas Sambutan Tahun Baharu Cina

 Yee Sang

Persembahan Tarian Singa secara percuma oleh pihak komuniti setempat. Kumpulan tarian ini telah 3 tahun berturut - turut hadir ke SK St. Mary dan membuat persembahan tarian singa secara percuma untuk tontonan semua Puteri Jelita dan warga sekolah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas budi baik kumpulan tarian singa atas kesudian membuat persembahan secara percuma. 





Persembahan Tarian oleh Panitia Bahasa Melayu

 
Rakaman Persembahan Panitia Bahasa Melayu

Persembahan Panitia Bahasa Cina
 Persembahan ini disertai oleh murid yang berbilang kaum. 

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua Puteri Jelita yang telah mempamerkan persembahan yang bertenaga dan menarik.


Sambutan pada hari ini juga diserikan lagi dengan kehadiran AJK PIBG sesi 2019/2020. Disamping itu, pengusaha Mok Hoi Fruits Trading bersama pembantunya dan diiringi oleh Encik Patrick dan Puan Lim turut hadir bagi menyaksikan kemeriahan sambutan kali ini. Untuk makluman, Mok Hoi Fruits Trading merupakan antara penyumbang dana untuk pihak sekolah demi keselesaan seluruh warga SK St. Mary.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK PIBG, tetamu jemputan, ibu bapa dan kumpulan tarian singa atas kesudian meluangkan masa bersama-sama dalam majlis hari ini.
Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN