JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Saturday, March 16, 2019

PERSEMBAHAN CER CITER SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG | PANITIA BAHASA MELAYU


Pada 14 Mac 2019, telah berlangsungnya Persembahan Cer Citer yang bertajuk Sultan Mahmud Mangkat DiJulang oleh Panitia Bahasa Melayu. Persembahan ini telah dijayakan oleh Puteri-Puteri Jelita dari kelas 4 Raya dan 4 Anggerik dan Amirah Radhiah sebagai penyair.

Ringkasan ceritanya ialah pada tahun 1699,iaitu  di Kota Tinggi ,Pusat Kerajaan Johor Lama telah diperintah oleh Sultan Mahmud Syah II. Di bawah pemerintahan baginda,Kerajaan Johor Lama sangat maju dalam perdagangan.
Di samping itu, kemajuan ini turut dibantu oleh Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan laksamana yang terkenal dengan kepahlawananya iaitu Laksamana Megat Seri Rama.Laksamana mendapat tempat yang istimewa di mata Sultan Mahmud kerana jasa-jasanya mempertahankan negeri daripada ancaman musuh.
Namun begitu,ancaman lanun sentiasa bermaharajalela di perairan Johor.  Sultan memerintahkan Laksamana utk menghapuskan musuh. Sepeninggalan Laksamana, Isterinya Wan Anum mengidam nangka. Beliau telah mengambil sedikit nangka Sultan. Sultan menjadi murka lalu memerintahkan Wan Anum dibunuh. Apabila Laksama pulang ke kg halaman semula, beliau sangat marah dan ingin menuntun bela atas kematian isterinya lalu menikam Sultan yg pd ketika itu ingin mengerjakan sembahyang Jumaat. Sultan telah mangkat di atas julang pengawal. Sebelum mangkat, sultan bersumpah semua keturunan Laksamana akan muntah darah jika menjejakkan kakinya ke Kota Tinggi.




Akhirnya Laksamana Megat Seri Rama turut menghembuskan nafasnya. Menurut orang Johor Laksamana Megat Seri Rama yang berasal dari Bentan mendapat TULAH daripada Sultan kerana menderhaka. Kemangkatan Sultan Mahmud II di atas julang amat menyedihkan kerana baginda tidak mempunyai zuriat. Dengan itu, negeri Johor diperintah oleh keturunan bendahara yang memakai gelaran sultan.









Tahniah diucapkan kepada semua barisan pelakon yang telah menjayakan persembahan ini. Tahniah juga diucapkan kepada Panitia Bahasa Melayu.
Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN