
Puan Aida membantu mengecap buku-buku yang diproses untuk perekodan bersama Cikgu Syafiqah.
Puan Katherina membantu mengisi data-data berkenaan buku-buku yang perlu diproses untuk Pusat Sumber Sekolah.
Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian ibu bapa untuk membantu Pusat Sumber Sekolah. Khidmat bantu semua warga ibu bapa, penjaga dan komuniti akan dapat melancarkan lagi proses Transformasi Sekolah.