Pada 5 April 2019 telah berlangsungnya Program AkuJanji Tahun 2019 di Dewan SK St. Mary. Program ini melibatkan semua murid Tahun 6 bagi sesi 2019. Program ini juga sebagai simbolikya ke arah usaha gigih persediaan bagi menghadapi peperiksaan akan datang.
Setiap tahun pihak sekolah akan merancang pelbagai program dan aktiviti
khas bagi murid-murid tahun 6 bagi meningkatkan kecemerlangan UPSR.
Kerjasama dan sokongan dari semua pihak terutamanya ibu bapa adalah
penting dalam mencapai hasrat kecemerlangan dan kejayaan calon-calon
UPSR bagi tahun ini.
Semoga program ini akan memberi impak yang positif terhadap kemajuan
prestasi murid dari semasa ke semasa sebelum UPSR kelak.
Semoga ibu bapa
akan sentiasa bersama-sama pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi UPSR sekolah pada tahun ini.
Diharapkan juga, Puteri-puteri Tahun 6 akan belajar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai target yang
ditetapkan serta berjaya dengan cemerlangnya dalam UPSR 2019 nanti.