Pada hari ini 18 Januari 2020 telah diadakan kelas catur di sekolah. Beberapa orang Puteri Jelita SK St. Mary telah menyertai. π Kelas ini bermula jam 1.30 petang hingga jam 3.30 petang.
Saturday, January 18, 2020
Thursday, January 16, 2020
LADAP KESIHATAN MENTAL | PENGURUSAN KEWANGAN 2020 #3AGURUSEJAHTERA
Pada hari ini 16 Januari 2020 telah diadakan sesi Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) bersama semua warga guru dan staf sokongan SK St. Mary.
LADAP pada kali ini memfokuskan kepada aspek Pengurusan Kewangan dalam kalangan warga sekolah. Pengurusan kewangan yang baik akan mempengaruhi kesihatan mental dan diri seseorang.
Cik Ngan Wai Fun menyampaikan beberapa input penting tentang pengurusan kewangan dan kesihatan mental kepada semua warga SK St. Mary. π
Semoga semua warga SK St. Mary dikurniakan kesihatan mental dan fizikal yang baik bagi membolehkan khidmat bakti terus dapat disumbangkan demi kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah. π️πΉππ
#3Agurusejahterajpwpkl
#GuruSejahtera
#PengurusanKewangan
Wednesday, January 15, 2020
SESI SARINGAN PEMILIHAN PASUKAN CATUR SK ST. MARY 2020
Pada hari ini 15 Januari 2020 telah diadakan sesi pemilihan pasukan catur sekolah di Pusat Sumber Sekolah (PSS) semasa perjumpaan kelab dan persatuan.
Pemilihan ini diadakan sebagai persediaan untuk menyertai kejohanan catur yang akan diadakan tidak lama lagi.
Semoga pasukan catur SK St. Mary akan menjadi pasukan yang hebat dan mampu menjuarai kejohanan catur yang akan diadakan tidak lama lagi.
Teruskan berusaha dengan bersungguh-sungguh ππΉπ
Tuesday, January 14, 2020
TAKLIMAT KELAS TAMBAHAN PUTERI JELITA TAHUN 6 SESI 2020
Pada 8 Januari 2020 telah diadakan sesi taklimat berkenaan kelas tambahan bagi murid-murid tahun 6 di lobi sekolah. Puan Fatima Nathan selaku penyelaras tahun 6 telah menyampaikan input-input penting berkenaan kelas tambahan yang akan berlangsung nanti.
Semoga pecutan yang bermula seawal Januari 2020 ini akan memberikan impak yang cemerlang kepada semua calon UPSR 2020 nanti. ππͺππΉππ€²π
TAKLIMAT PENJAGAAN BUKU TEKS OLEH UNIT SPBT SK ST. MARY 2020
Pada 8 Januari 2020 telah diadakan sesi Taklimat Penjagaan Buku Teks SPBT kepada semua Puteri Jelita SK St. Mary di dewan sekolah. Unit SPBT telah memberikan penerangan berkenaan tatacara penjagaan buku teks yang telah diterima oleh murid-murid warganegara.
Semoga semua Puteri Jelita SK St. Mary menyayangi dan menjaga buku teks yang terima dengan penuh kasih sayang dan sebaik.
Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah bersama-sama membantu memastikan buku teks yang diterima ditulis nama, kelas dan dibalut dengan plastik lutsinar serta tidak menggunakan stapler ketika membalut buku tersebut. ππ€²πΉ
HARI KEDUA LATIHAN BOLA JARING SK ST. MARY
Pada hari ini 14 Januari 2020 telah diadakan sesi latihan pasukan bola jaring sekolah. Latihan ini bermula sekitar jam 2.30 hingga 4.00 petang.
HARI PENETAPAN TARGET UPSR 2020
Pada hari Sabtu yang lalu iaitu 11 Januari 2020 telah diadakan Program Penetapan Target UPSR sesi 2020. Program ini diadakan di dewan sekolah dan dihadiri oleh ibu bapa calon-calon UPSR 2020 dan guru-guru.
Ibu bapa yang hadir pada hari ini mendaftar kehadiran mereka di kaunter pendaftaran sebagai rekod untuk pihak sekolah. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan kesudian ibu bapa hadir pada program ini demi merealisasikan keputusan yang cemerlang pada akhir tahun 2020 nanti.
Semoga usaha yang dilaksanakan bermula awal tahun ini akan memberikan impak yang terbaik dalam peperiksaan UPSR nanti. π
Usaha tanpa jemu pasti akan memberikan sesuatu yang cukup bermakna buat calon-calon UPSR SK St. Mary sesi 2020.
Berusahalah tanpa mengenal erti penat lelah demi sebuah kejayaan untuk dihadiahkan kepada kedua ibu bapa dan juga kepada guru-guru SK St. Mary. π€²πͺππ
Monday, January 13, 2020
PENERAPAN NILAI TERAS SIVIK | KASIH SAYANG SEMASA PERHIMPUNAN RASMI OLEH GURU BESAR
Pada perhimpunan bulanan kali ini , Cik Ngan Wai Fun telah menyampaikan ucapan beliau kepada semua warga SK St. Mary dan juga membuat penerapan Nilai Teras Sivik iaitu Kasih sayang dalam perhimpunan.
Adalah menjadi harapan pihak sekolah bagi melahirkan Puteri Jelita yang berketrampilan dan mempunyai jati diri serta nilai sivik yang tinggi dalam diri masing-masing.
Usaha murni ini memerlukan gandingan yang padu antara pihak sekolah dan para ibu bapa dalam merealisasikan impian ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua warga SK St. Mary ππͺπ€²
PERHIMPUNAN BULANAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH 2020
Pada hari ini 13 Januari 2020 telah diadakan Perhimpunan Bulanan Tunas Kadet Remaja Sekolah yang telah dipimpin oleh Nur Qaseh Durrani Iman bt Salem.
Semoga terus cemerlang Tunas Kadet Remaja Sekolah SK St. Mary ππππΉπͺπ€²
SESI LATIHAN BOLA JARING SK ST. MARY
Pada hari ini 13 Januari 2020 telah berlangsungnya sesi latihan pasukan Bola Jaring St. Mary sebagai persediaan untuk menghadapi pertandingan yang akan datang.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Geena atas kesudian beliau untuk memberikan tunjuk ajar kepada pasukan bola jaring sekolah bersama-sama Cikgu Hidayah dan Cikgu Syazana.

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN
PENAFIAN
SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.