Pada hari Sabtu yang lalu iaitu 11 Januari 2020 telah diadakan Program Penetapan Target UPSR sesi 2020. Program ini diadakan di dewan sekolah dan dihadiri oleh ibu bapa calon-calon UPSR 2020 dan guru-guru.
Ibu bapa yang hadir pada hari ini mendaftar kehadiran mereka di kaunter pendaftaran sebagai rekod untuk pihak sekolah. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan kesudian ibu bapa hadir pada program ini demi merealisasikan keputusan yang cemerlang pada akhir tahun 2020 nanti.
Semoga usaha yang dilaksanakan bermula awal tahun ini akan memberikan impak yang terbaik dalam peperiksaan UPSR nanti. π
Usaha tanpa jemu pasti akan memberikan sesuatu yang cukup bermakna buat calon-calon UPSR SK St. Mary sesi 2020.
Berusahalah tanpa mengenal erti penat lelah demi sebuah kejayaan untuk dihadiahkan kepada kedua ibu bapa dan juga kepada guru-guru SK St. Mary. π€²πͺππ