Pada hari ini 16 Januari 2020 telah diadakan sesi Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) bersama semua warga guru dan staf sokongan SK St. Mary.
LADAP pada kali ini memfokuskan kepada aspek Pengurusan Kewangan dalam kalangan warga sekolah. Pengurusan kewangan yang baik akan mempengaruhi kesihatan mental dan diri seseorang.
Cik Ngan Wai Fun menyampaikan beberapa input penting tentang pengurusan kewangan dan kesihatan mental kepada semua warga SK St. Mary. π
Semoga semua warga SK St. Mary dikurniakan kesihatan mental dan fizikal yang baik bagi membolehkan khidmat bakti terus dapat disumbangkan demi kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah. π️πΉππ
#3Agurusejahterajpwpkl
#GuruSejahtera
#PengurusanKewangan