JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Tuesday, August 6, 2019

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KE-62


Pada 5 Ogos 2019 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-62 peringkat Sekolah Kebangsaan St. Mary.

 Tema sambutan pada tahun ini ialah Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih 😘 Sama-samalah kita menghayati dan mengekalkan keharmonian kaum dan kesejahteraan Malaysia yang tercinta. 😘






























Tema tahun ini menitikberatkan hasrat untuk memupuk semangat cintakan negara dan mengeratkan jalinan perpaduan serta menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan rakyat yang mempunyai jati diri dan integriti.

Logo rasmi sambutan Hari Kebangsaan memaparkan simbol rakyat dalam pergerakan riang, mengangkat tangan dengan satu bentuk hati yang menyatukan mereka. Logo ini juga menggambarkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dalam keharmonian rasa seia sekata, sehati dan sejiwa,

Merdeka Merdeka Merdeka
Share:

Friday, August 2, 2019

TAKLIMAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 UNTUK PUTERI JELITA TAHUN 6 SESI 2019



Pada 1 Ogos 2019, satu Taklimat Kemasukan Ke Tingkatan 1 telah diadakan di Dewan SK St. Mary bermula jam 8.00 pagi. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Penyelaras Tahun 6 iaitu Puan Fatima Nathan.







Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah sebagai pengisian slot pengenalan alam persekolahan menengah kepada murid Tahun 6 yang bakal melangkah ke tingkatan 1 pada tahun hadapan. Murid-murid dimaklumkan mengenai proses-proses yang perlu dilalui bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat sekolah menengah.

Selain daripada taklimat yang disampaikan, murid-murid juga dimaklumkan tentang senario pembelajaran sekolah menengah yang bakal dihadapi oleh mereka
Share:

HARI PELAPORAN TAHUN 6 KE-2 SESI 2019






Pada hari ini 2 Ogos 2019 telah berlangsungnya Hari Pelaporan Tahun 6. Hari Pelaporan Sekolah adalah aktiviti yang diadakan untuk mengadakan perjumpaan bersemuka antara murid,ibu bapa dan guru. Perjumpaan ini adalah untuk membincangkan pretasi murid dan juga strategi memperbaiki kelemahan murid yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.














Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa Puteri Jelita Tahun 6 yang telah hadir dalam sesi pelaporan pada kali ini. Semoga kejayaan yang cemerlang akan menjadi milik semua Puteri Jelita SK St. Mary nanti. Teruskan berdoa demi kejayaan semua.
Share:

Sunday, July 28, 2019

KEM CELIK JAWI 2


Pada 27 Julai 2019 (Sabtu) telah diadakan Kem Celik Jawi bermula jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang.


Kem Celik Jawi diadakan bagi memenuhi matlamat supaya murid dapat:

  • Murid dapat mengenal dan menulis huruf jawi tunggal dengan betul. 
  • Murid dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf tunggal jawi dengan betul. 
  • Murid dapat membaca dn menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf tunggal jawi dengan betul. 
  • Murid dapat membaca da menulis perkataan-perkataan mudah daripada suku kata terbuka dan tertutup yang telah dipelajari dengan betul dan sempurna. 
  • Murid dapat membanding beza sifat huruf dan padanan huruf dengan betul dan sempurna. 


Terima kasih diucapkan kepada semua Puteri Jelita yang hadir ke Kem Celik Jawi pada hari ini. Semoga ilmu yang disampaikan oleh para Ustazah akan dimanfaatkan sepenuhnya dengan baik. 😘
Share:

Saturday, July 27, 2019

TAKLIMAT DISIPLIN DAN SAHSIAH BERSAMA PENGAWAS SEKOLAH TAHAP 2

 
 Pada 19 Julai 2019, satu sesi Taklimat Disiplin/Sahsiah bersama Pengawas Sekolah Tahap 2 telah diadakan di lobi sekolah. Taklimat ini bermula pada jam 9.45 pagi dan dikendalikan oleh guru penasihat pengawas sekolah iaitu Puan Sulhana dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Siti Norlisa Norsham.
 
Pengawas sekolah haruslah memberikan contoh tauladan yang terbaik kepada rakan - rakan yang lain. Semoga pengawas sekolah akan terus menjalankan amanah dan tugasan yang diberikan dengan penuh komited dan berketrampilan tinggi.
Share:

PERJUMPAAN IBU BAPA KELAS BIMBINGAN DIDIK HOPE 2 RAYA 2 MAWAR

 

Pada 19 Julai 2019, satu sesi perjumpaan bersama ibu bapa murid Kelas Bimbingan Didik Hope Tahun 2 Raya dan 2 Mawar telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah.




Semoga perjumpaan pada kali akan memberikan impak yang memberangsangkan dalam prestasi semua Puteri Jelita 2 Raya dan 2 Mawar. InsyaAllah, teruskan berusaha dengan lebih tekun.
Share:

LADAP TRANSFORMASI SEKOLAH TS25 MODUL 3



Pada 16 Julai 2019 telah berlangsungya LADAP TS MODUL 3 di bilik mesyuarat Sekolah Kebangsaan St. Mary. Ladap ini bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.15 petang.


Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. 
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. 
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
  •  Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
  • Komitmen komuniti yang padu 

 
Matlamat dan Teras TS25 
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
  • Memantapkan kepimpinan sekolah
  • Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
  • Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid 


Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah. 
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah; 
  • Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
  • Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
  • Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.


Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut; 
  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
  • Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
  • Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
  • Komitmen komuniti yang padu.
Share:

SUMBANGAN IKHLAS UNTUK ADIK ANGELLINA ANNE A/P RICHARD SOOSAI 3M

Pada 11 Julai 2019 yang lalu, Unit Hal Ehwal Murid telah mengadakan sesi penyerahan sumbangan ikhlas seluruh warga SK St. Mary kepada ibu Angellina Anne a/p Richard Soosai (3M) yang telah kehilangan ayah yang tercinta. 

Semoga seluruh ahli keluarganya tabah menghadapi dugaan ini dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang pada kali ini.
Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN