JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Tuesday, September 25, 2018

HARI KEDUA PEPERIKSAAN UPSR 2018



Hari ini berlangsungnya peperiksaan UPSR bagi subjek Bahasa Inggeris Pemahaman dan Bahasa Inggeris Penulisan.




Semoga dapat menjawab dengan baik peperiksaan pada hari esok.. InsyaAllah πŸ’•
Share:

Monday, September 24, 2018

HARI PERTAMA UPSR 2018



Hari ini merupakan hari pertama Peperiksaan UPSR bagi murid-murid Tahun 6 sesi 2018.







Selamat menjawab 😘😍
Share:

Sunday, September 23, 2018

JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2018


Perhatian kepada semua calon, ibu bapa, penjaga yang mempunyai anak bersekolah di tahun enam, berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018.


Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) telah mengumumkan UPSR akan berlangsung pada 20 dan 24-27 September 2018.
Share:

Saturday, September 22, 2018

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN SEMPENA UPSR 2018



Pada hari ini berlangsungnya Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin untuk calon - calon UPSR 2018 yang bakal mula menghadapi peperiksaan UPSR pada minggu hadapan.





Ibu bapa / penjaga menanda kehadiran mereka bagi rekod sarana ibu bapa SK St Mary 🌹 Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin yang pada hari ini.










Calon - calon UPSR 2018 yang beragama Islam telah hadir bersama - sama ibu bapa / penjaga mereka ke Surau Al-Huda Taman Intan Baiduri. Sesi solat hajat dipimpin oleh Ustaz Firdaus yang dijemput khas untuk majlis kali ini.





Setelah selesai solat hajat dan bacaan yasin serta tazkirah UPSR oleh Ustaz Firdaus sebentar tadi, hadirin sekalian dijemput untuk menikmat hidangan ringkas yang disediakan di bahagian tepi surau.











Intihanya, majlis ini diadakan bertujuan untuk memohon kepada Allah s.w.t agar semua calon UPSR bagi sesi 2018 dapat menjawab dengan penuh ketenangan, ketelitian, diberikan kesihatan yang sempurna, dikuatkan ingatan, diberikan petunjuk dan dipermudahkan segala urusan mereka dalam menghadapi peperiksaan nanti.

Marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar semua calon UPSR SK St Mary diberikan kelancaran untuk menjawab soalan peperiksaan nanti ❤️
Share:

Friday, September 21, 2018

TAKLIMAT MESRA BERSAMA CALON-CALON UPSR BERAGAMA ISLAM



Pada hari ini juga telah diadakan sesi taklimat mesra murid beragama Islam Tahun 6 sempena Solat Hajat dan Bacaan Yasin untuk UPSR 2018 🌹





Doakan semoga diberikan kelancaran untuk menjawab soalan peperiksaan nanti ❤️

Ya ALLAH kami memohon kepadaMu agar berikanlah kesihatan, kekuatan dan ketenangan kepada semua murid kami agar dapat menjawab peperiksaan UPSR dengan cemerlang nanti 😘
Share:

SESI MOHON RESTU ILMU CALON-CALON UPSR 2018 BERSAMA SEMUA GURU



Pada hari ini 21 September 2018, pihak sekolah telah mengadakan Sesi Mohon Restu Ilmu Calon-Calon UPSR 2018 bersama semua guru. Sesi ini diadakan pada jam 10.15 pagi di lobi utama sekolah.






Disamping itu, calon-calon UPSR 2018 juga membuat simulasi untuk kelancaran proses masuk dan keluar dari dewan peperiksaan. Simulasi ini bertujuan memastikan suasana dewan peperiksaan nanti akan lebih teratur dan sistematik serta secara tidak langsung akan mencerminkan kemenjadian murid-murid St Mary 🌹






Calon-Calon UPSR 2018 bersalaman dengan guru-guru dan memohon kemaaafan serta memohon restu segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang berada di Sekolah Kebangsaan St Mary. Guru-guru sentiasa mendoakan kejayaan buat semua anak didiknya. πŸ’



Penyampaian alat tulis kepada semua calon UPSR 2018 sebagai simbolik persediaan calon-calon untuk menghadapi UPSR pada minggu hadapan iaitu pada hari Isnin.

Sumbangan alat tulis adalah daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan St Mary sesi 2018/2019 🌹❤️😍😘
Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN