JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Saturday, September 22, 2018

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN SEMPENA UPSR 2018



Pada hari ini berlangsungnya Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin untuk calon - calon UPSR 2018 yang bakal mula menghadapi peperiksaan UPSR pada minggu hadapan.





Ibu bapa / penjaga menanda kehadiran mereka bagi rekod sarana ibu bapa SK St Mary 🌹 Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin yang pada hari ini.










Calon - calon UPSR 2018 yang beragama Islam telah hadir bersama - sama ibu bapa / penjaga mereka ke Surau Al-Huda Taman Intan Baiduri. Sesi solat hajat dipimpin oleh Ustaz Firdaus yang dijemput khas untuk majlis kali ini.





Setelah selesai solat hajat dan bacaan yasin serta tazkirah UPSR oleh Ustaz Firdaus sebentar tadi, hadirin sekalian dijemput untuk menikmat hidangan ringkas yang disediakan di bahagian tepi surau.











Intihanya, majlis ini diadakan bertujuan untuk memohon kepada Allah s.w.t agar semua calon UPSR bagi sesi 2018 dapat menjawab dengan penuh ketenangan, ketelitian, diberikan kesihatan yang sempurna, dikuatkan ingatan, diberikan petunjuk dan dipermudahkan segala urusan mereka dalam menghadapi peperiksaan nanti.

Marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar semua calon UPSR SK St Mary diberikan kelancaran untuk menjawab soalan peperiksaan nanti ❤️
Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN