JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Saturday, September 15, 2018

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM BACATHON 2018 DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG

 
Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Penutupan Program Bacathon 2018 dan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang. Program ini tamat secara rasminya pada 3 September 2018. Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberikan kerjasama dan komitmen mereka terhadap program yang dijalankan ini. 

Di samping itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Puan Marie selaku penyelaras, Puan Sachpreet dan Puan Sharifah selaku AJK PIBG sesi 2018 kerana telah menguruskan program kali ini. Hadiah - hadiah yang disampaikan kepada para pemenang merupakan hasil sumbangan yang dikumpulkan oleh mereka.





Para pemenang merakamkan detik - detik manis mereka semasa menerima hadiah yang telah dimenangi oleh mereka.


 Dr. Murali selaku YDP PIBG sesi 2018/2019 turut hadir dalam majlis pagi ini dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Beliau juga telah memberikan sumbangan sebuah basikal untuk hadiah utama dalam program kali ini.
















 Tahniah diucapkan kepada kelas - kelas yang telah berjaya mendapatkan kutipan yang tertinggi.


 Semua warga sekolah turut bersama mengumpul dana dalam program kali ini. Semoga dengan usaha ini, kita akan dapat meningkatkan keselesaan dan persekitaran yang kondusif demi kemenjadian murid - murid di SK St. Mary.



 Tahniah Audrey kerana telah berjaya mendapat HADIAH UTAMA iaitu berupa sebuah basikal. Audrey berjaya mengumpul kutipan sekitar RM1800 dalam Program Bacathon kali ini.

Detik terindah apabila kita berjaya mengadakan program ini dengan jayanya. Hasil kerjasama semua pihak, program ini telah memberikan semangat baharu untuk proses penambahbaikan prasana di sekolah. Sebahagian besar dana yang dikumpulkan ini akan disalurkan untuk kerja - kerja naik taraf tandas sekolah menjadi lebih kondusif dan selesa.

Info lanjut mengenai proses penambahbaikan prasana sekolah akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

TERIMA KASIH SEMUA ! ST. MARY I SERVE !
Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN