JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Wednesday, September 26, 2018

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH OLEH SK TAMAN MEGAH



Pada hari ini, Unit Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan St. Mary telah menerima kunjungan daripada guru - guru Sekolah Kebangsaan Taman Megah yang terletak di Petaling Jaya. Lawatan ini bertujuan untuk melihat pengurusan dan melawat kemenjadian Pusat Sumber Sekolah SK St. Mary. Imbas kembali kejayaan pada tahun 2017, Pusat Sumber SK St. Mary telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Pusat Sumber JPNWPKL.

Untuk pengetahuan semua, Pusat Sumber Sekolah membawa maksud yang amat luas iaitu bukan sahaja membawa maksud perpustakaan tetapi Pusat Sumber Sekolah merangkumi semua kemudahan dan bilik-bilik khas yang terdapat di sekolah. Contohnya di SK St. Mary, terdapat beberapa bilik khas yang menjadi penguat kepada Pusat Sumber Sekolah seperti Bilik Media, Makmal Komputer, Makmal Sains, Taman Refleksologi, Bilik BOSS (SPBT), Fun Zone, Lorong PPDA, Bilik Pemulihan dan lain - lain lagi.

Gambar - gambar sekitar lawatan penanda aras pada hari ini.

Melawat Makmal Sains yang dilengkapi kemudahan Smart Classroom. Kemudahan ini membantu guru meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran mereka. Dilengkapi dengan akses internet yang membantu pembelajaran secara atas talian.

 Kantin sekolah juga sempat dilawati oleh para guru dari SK Taman Megah. Kantin sekolah baru sahaja dianugerahkan Kafeteria Sihat 2018.


 
Meninjau kemudahan yang terdapat di dalam Makmal Komputer sekolah. Dilengkapi sistem penghawa dingin, 40 buah komputer, akses internet 12mbps dan paparan projektor. Makmal komputer ini berjaya diwujudkan melalui sokongan daripada pihak PIBG, NGO dan individu persendirian yang telah banyak memberikan bantuan daripada pelbagai aspek.

Sudut PPDA SK St. Mary yang memberikan input - input kepada para pelajar tentang bahayanya penyalahgunaan dadah. Warga SK St. Mary hidup sihat tanpa dadah.

 Bilik Kesenian sekolah yang mampu menampung 40 orang penari dalam sesuatu masa. Bilik ini dilengkapi kemudahan projektor dan alat pembesar suara serta cermin dinding gergasi. 

 Bilik Pemulihan mempunyai kemudahan TV Digital bagi kegunaan guru pemulihan semasa proses pengajaan berlangsung.

 Bilik BOSS iaitu Bilik SPBT yang menempatkan buku - buku pinjaman yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Bilik ini telah dinaiktaraf menjadi sebuah bilik yang amat selesa untuk kerja - kerja pengurusan buku teks.

 Bilik Fun Zon yang telah diwujudkan hasil dana daripada program Hari Karnival Keusahawan peringkat sekolah. Fun Zon merupakan sebuah ruangan yang dibina khas bagi membolehkan murid - murid melaksanakan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah. Selain itu, Fun Zon juga digunakan untuk Ujian Amali SEGAK yang diadakan pada setiap tahun.

 Bilik Pengurusan Kokurikulum sekolah juga telah dinaiktaraf keselesaannya. Bilik ini diselia oleh Unit Kokurikulum Sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dari Sekolah Kebangsaan Taman Megah, Petaling Jaya kerana sudi melawat Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan St. Mary. Semoga lawatan ini membawa manfaat yang besar bagi sekolah dan murid-murid.
Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN