Pada hari ini 21 September 2018, pihak sekolah telah mengadakan Sesi Mohon Restu Ilmu Calon-Calon UPSR 2018 bersama semua guru. Sesi ini diadakan pada jam 10.15 pagi di lobi utama sekolah.
Disamping itu, calon-calon UPSR 2018 juga membuat simulasi untuk kelancaran proses masuk dan keluar dari dewan peperiksaan. Simulasi ini bertujuan memastikan suasana dewan peperiksaan nanti akan lebih teratur dan sistematik serta secara tidak langsung akan mencerminkan kemenjadian murid-murid St Mary πΉ
Calon-Calon UPSR 2018 bersalaman dengan guru-guru dan memohon kemaaafan serta memohon restu segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang berada di Sekolah Kebangsaan St Mary. Guru-guru sentiasa mendoakan kejayaan buat semua anak didiknya. π
Penyampaian alat tulis kepada semua calon UPSR 2018 sebagai simbolik persediaan calon-calon untuk menghadapi UPSR pada minggu hadapan iaitu pada hari Isnin.
Sumbangan alat tulis adalah daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan St Mary sesi 2018/2019 πΉ❤️ππ