JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Thursday, September 20, 2018

TAKLIMAT AKHIR KEPADA SEMUA CALON UPSR 2018 SK ST MARY



Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera.

Peperiksaan UPSR 2018 akan berlangsung pada 24/9 hingga 27/9/2018.

Berikut adalah perkara2 penting yg perlu diambil tindakan oleh ibu bapa.

1. Bagi melancarkan perjalanan peperiksaan, calon UPSR perlu datang lebih awal setiap hari.(7.15 pagi)

2. Menyediakan alat-alat tulis selengkapnya.Hanya alat tulis dan pemadam shj yg dibenarkan dibawa masuk ke dlm dewan/ bilik peperiksaan. Semua jenis “pencil case” termasuk yang lutsinar tidak dibenarkan dibawa masuk.

3. Pihak sekolah akan bekalkan 2 batang pensel 2B, pemadam dan pembaris untuk semua calon.Hanya PENSEL 2B shj yg dibenarkan utk menjawab semua kertas peperiksaan. (arahan Lembaga Peperiksaan)

4. Pihak sekolah berharap murid dapat bersarapan di rumah sebelum datang ke sekolah. Pihak sekolah menyediakan bun dan air milo kotak untuk murid pada jam 10 pagi.

5.Pengenalan diri murid telah disediakan dan akan diberi pada hari peperiksaan.(ic dan surat beranak tidak perlu dibawa)

6. Pakaian seragam sekolah sepanjang UPSR

7. Pecutan akhir:

Matematik - 25/9 -Selasa (12.30 - 2.30 petang)
Sains - 26/9 -Rabu (12.30 - 2.00 petang.
Murid digalakkan membawa wang belanja untuk makan di kantin. (12.00-12.30 tengah hari.)

8. Jika anak2 tidak sihat sediakan ubat-ubatan untuk diberikan mengikut masa.

9. Jika anak2 sakit dan dimasukkan ke hospital maklumkan kepada guru kelas dengan kadar segera untuk pihak sekolah mengambil tindakan di hospital.

Sekian terima kasih. Harap ibu bapa dapat memberi kerjasama agar peperiksaan UPSR 2018 berjalan lancar.



Doa dan harapan sekolah agar semua calon dapat menjawab peperiksaan UPSR dengan cemerlang.
Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN