JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Friday, March 6, 2020

PEMERIKSAAN KESIHATAN GIGI SESI 2020

Pada 2 Mac 2020 telah berlangsungnya sesi Pemeriksaan Kesihatan Gigi telah diadakan di sekolah. Murid-murid dipanggil secara berperingkat untuk menjalani pemeriksaan di Bilik Rawatan SK St. Mary bersama jururawat yang berpengalaman.

Perkhidmatan pergigian sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1957. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.


Terima kasih diucapkan kepada semua jururawat yang telah melaksanakan tugasan di SK St. Mary dengan cekap dan profesionalnya.
Share:

SESI PERTAMA UJIAN S.E.G.A.K | STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Komponen kecergasan dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan sekolah menengah.

Matlamat SEGAK 
Murid sentiasa peka, berpengetahuan, dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum. 

Objektif SEGAK | Murid dapat: 
1. Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri; 
2. Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri; 
3. Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri; 
4. Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal; dan 
5. Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.




Share:

LATIHAN AERODANCE BERSAMA ARJA LEE


Pada 4 Mac 2020 telah diadakan sesi latihan AeroDance bersama pelakon dan penyanyi Malaysia iaitu 
Azharudin bin Ramli (lahir 8 September 1983) atau lebih terkenal sebagai Arja Lee.





Share:

GAMBAR-GAMBAR KEJOHANAN MERENTAS DESA SK ST. MARY 2020

Pada 4 Mac 2020 telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan St. Mary. Lokasi laluan larian adalah di sekitar Kampung Melayu yang terletak berhampiran dengan sekolah. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Kampung Melayu atas kerjasama yang telah diberikan bagi melancarkan kejohanan kali ini.

Para peserta melakukan aktiviti senam aerobik dan sesi pemanasan badan sebelum memulakan larian di Dewan St. Mary. Beberapa orang Puteri Jelita dipilih untuk memimpin aktiviti senam aerobik dan pemanasan badan. Terima kasih juga diucapkan kepada pasukan Unit Peronda Polis yang telah membantu mengawal keselamatan sepanjang sesi Merentas Desa ini berlangsung.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu memberikan khidmat tenaga dan menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang dan juga barangan bagi memeriahkan Kejohanan Merentas Desa ini.































































































Tahniah diucapkan kepada semua Puteri Jelita yang berjaya merangkul tempat yang teratas dalam sesi Kejohanan Merentas Desa kali ini. Semoga berjumpa lagi dalam edisi 2021 nanti.
Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN