Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia
(SEGAK) adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur
tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Komponen
kecergasan dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani
sekolah rendah dan sekolah menengah.
Matlamat SEGAK
Murid sentiasa peka, berpengetahuan, dan mengamalkan aktiviti
kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal
berdasarkan kesihatan yang optimum.
Objektif SEGAK | Murid dapat:
1. Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri;
2. Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri;
3. Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri;
4. Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan
tahap kecergasan fizikal; dan
5. Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap
kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.