Home »
AKTIVITI 2020
» PROGRAM PENGUKUHAN PASUKAN @ TEAM BUILDING WARGA SK ST. MARY SESI 2020
Pada 29 Februari 2020 telah diadakan Program Pengukuhan Pasukan atau lebih dikenali sebagai Team Building. Program ini diadakan di FRIM Kepong. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan melibatkan semua warga guru SK St. Mary dan staf sokongan.
Team Building atau dalam Bahasa Melayu nya Pengukuhan Pasukan adalah satu program di mana semua peserta dikumpulkan dalam satu program dan dibahagi-bahagikan mengikut kumpulan bagi menjayakan beberapa misi dan aktiviti yang telah diaturkan.
Team Building ini penting bagi tujuan melihat dan menguji tahap semangat berpasukan peserta, bagaimana peserta saling hormat-hormat menghormati dan saling bantu-membantu dalam menyelesaikan aktiviti yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.
PENAFIAN
SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.