Pada 4 Mac 2020 telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan St. Mary. Lokasi laluan larian adalah di sekitar Kampung Melayu yang terletak berhampiran dengan sekolah. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Kampung Melayu atas kerjasama yang telah diberikan bagi melancarkan kejohanan kali ini.
Para peserta melakukan aktiviti senam aerobik dan sesi pemanasan badan sebelum memulakan larian di Dewan St. Mary. Beberapa orang Puteri Jelita dipilih untuk memimpin aktiviti senam aerobik dan pemanasan badan. Terima kasih juga diucapkan kepada pasukan Unit Peronda Polis yang telah membantu mengawal keselamatan sepanjang sesi Merentas Desa ini berlangsung.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu memberikan khidmat tenaga dan menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang dan juga barangan bagi memeriahkan Kejohanan Merentas Desa ini.
Tahniah diucapkan kepada semua Puteri Jelita yang berjaya merangkul tempat yang teratas dalam sesi Kejohanan Merentas Desa kali ini. Semoga berjumpa lagi dalam edisi 2021 nanti.